Thursday, 2 March 2017

ISU 7: LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) adalah merupakan satu kaedah meningkatkan pengetahuan, kefahaman tentang amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan dibilik darjah. Rata-rata kalangan guru hanya menerima latihan tentang P&P ketika mereka menjalani latihan perguruan sama ada di Maktab Perguruan atau Universiti. Bagi menjadikan amalan P&P sentiasa bertambah baik dari masa ke masa maka para guru perlulah didedahkan dengan amalan pengajaran yang baik.

Latihan Dalam Perkhidmatan dibuat bertujuan menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman oleh itu cara yang sesuai ialah melalui ceramah dan bengkel. Antara ceramah yang telah dibuat sepanjang tahun ini ialah Kemahiran Asas P&P bagi seorang guru, Pengurusan Stress dan Tiga Belas Pendekatan P&P yang berkesan. Manakala bengkel yang dilaksanakan ialah Pengurusan Panitia Mata Pelajaran, Pengucapan Awam dan juga Pembinaan Item Pentaksiran yang mencapai piawai Lembaga Peperiksaan Malaysia.  Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan manakala bengkel menggunakan khidmat fasilitator jemputan dan dalaman.

Penggunaan “Information and Communication Technology” (ICT) dalam pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah adalah sangat sesuai masa ini kerana alat-alat elektronik yang berkaitan dibekalkan oleh pihak kerajaan. Disamping adanya bekalan ‘hardware’ terdapat juga bekalan ‘software’. Sekiranya pihak guru tidak pandai menggunakannya secara berkesan maka pembekalan akan menjadi sia-sia sahaja.  Oleh itu perlulah diadakan latihan khas dalam menggunakan ICT ini. 

Namun begitu setelah Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah dilaksanakan, terdapat beberapa isu telah timbul. Antaranya ialah kekerapan guru meninggalkan sekolah bagi mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).  Proses pembelajaran dan pengajaran akan terganggu dan tertangguh seterusnya mengakibatkan prestasi akademik pelajar akan terjejas. Pihak sekolah harus memastikan ada guru yang akan menggantikan guru yang mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.  Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia boleh juga melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) pada hari minggu atau pada cuti sekolah. Jadi, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan seperti biasa tanpa gangguan.

No comments:

Post a Comment