Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang lebih dikenali
sebagai PPSMI telah dilaksanakan pada tahun 2003 setelah mantan Perdana Menteri
Tun Dr. Mahathir Muhamad membuat pengumuman pada 10 Mei 2002. Tujuan
pelaksanaan PPSMI adalah dengan matlamat supaya murid dapat menguasai ilmu
Sains dan Matematik yang cepat berkembang dan kebanyakkannya adalah dalam
Bahasa Inggeris.
Sesetengah
pelajar menganggapkan bahawa mata pelajaran matematik merupakan salah satu
matapelajaran yang sukar kerana terdapat pelbagai rumus dan konsep yang perlu
difahami. Tambahan pula, apabila sesi pembelajaran dan pengajaran dilakukan
dalam Bahasa Inggeris dan lebih menyukarkan lagi bagi mereka. Akhirnya, dasar
ini dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri
Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 dan digantikan dengan
dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
VIDEO PEMANSUHAN PPSMI
Setelah
pemansuhan PPSMI secara soft landing maka matapelajaran Sains dan Matematik
diajar dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan menengah sebelum
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
dilaksanakan pada tahun 2011. Tujuan MBMMBI adalah untuk memastikan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah serta memastikan murid boleh menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dengan fasih dan betul.
Antara Strategi MBMMBI yang Dilakukan Oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
1)
Memartabatkan Bahasa Melayu
Pelbagai
usaha kerajaan dalam memperkukuhkan Bahasa Melayu dengan penguasaan asas
kemahiran berbahasa dengan melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang
dan holistik menerusi modul pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, pengukuhan
asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik dimana melului modul
P&P dengan penerapan elemen dalam seni bunyi diperkukuhkan dalam asas
berbahasa (Back to Basics) seperti pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis.
Di samping itu, guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa
Melayu untuk memastikan kualiti dari segi pedagogi. Guru digalakkan menghadiri
kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang
perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar
dan luar negara.
2)
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Bagi
memperkukuhkan Bahasa Inggeris, transformasi kurikulum Bahasa Inggeris sekolah
rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris
melalui pendekatan modular. Manakala asas berbahasa (Back to Basic) memberi
penekanan kepada Phonics di samping menerapankan elemen pembelajaran yang
menyeronokkan dalam modul Language Arts. Selain itu, Model Standard British
English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada
standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.
No comments:
Post a Comment