Teknologi
pesat membangun di dalam telekomunikasi dan keusahawanan dapat di lihat dengan
jelas membantu masyarakat menyelesaikan kerja-kerja seharian. Tidak ketinggalan
juga di dalam bidang pendidikan,
terdapat banyak alat bantuan mengajar yang dapat digunakan bagi membantu
pendidik memantapkan lagi pengajaran mereka.
Dengan melihat dari sudut yang positif, teknologi lebih banyak digunakan
pelajar daripada pendidik. Oleh itu, pendidik yang menggunakan teknologi dapat berinteraksi dengan lebih baik dengan para pelajar.
Pendidik juga akan dapat mempengaruhi pelajar untuk menggunakan teknologi
kearah yang lebih baik, seterusnya memupuk minat pelajar untuk belajar.
Cara
pengajaran dapat ditambahbaikkan dengan penggunaan teknologi di dalam
pengajaran. Ini kerana, teknologi memberikan pendidik peluang untuk menggunakan
cara pengajaran yang terdahulu tetapi ditambahbaikkan dengan penggunaan
teknologi. Ianya adalah lebih baik daripada memperkenalkan pelajar dengan
teknologi yang baru. Ini kerana, pelajar dapat mempelajari sesuatu dengan lebih
cepat kerana sudah terbiasa dengan cara pembelajaran tersebut. Dengan
penambahan teknologi, cara pengajaran tersebut menjadi lebih
cepat dan menyeronokkan.
Di
dalam pembelajaran Matematik, pelajar
menghabiskan separuh daripada pembelajaran di dalam bilik darjah untuk pengiraan.
Masa yang diperlukan untuk pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah adalah
amat terhad. Dengan adanya penggunaan teknologi di dalam bilik darjah
menjadikan proses pembelajaran lebih cepat dan
efisien. Selain itu, pelajar juga menjadi lebih fokus di dalam bilik darjah. Teknologi
dapat membantu pelajar menyelesaikan permasalahan Matematik dengan lebih cepat dan betul. Contoh teknologi yang digunakan
di dalam bilik darjah adalah penggunaan kalkulator,
perisian komputer dan sebagainya.
Integrasi
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah suatu isu yang
penting dalam pendidikan Matematik dan
kebanyakan isu masih lagi dipertikaikan. Teknologi dalam pendidikan bermaksud aplikasi pendidikan dengan menggunakan komputer dan alat
bantuan mengajar yang menggunakan teknologi contohnya kalkulator,
projektor, perisian dan internet tidak kira di dalam atau di luar bilik darjah.
Walaupun teknologi di dalam pendidikan Matematik sudah lama diperkenalkan, akan
tetapi penggunaannya amatlah tidak memberansangkan. Ini kerana kurangnya
kesedaran tentang pentingnya teknologi dalam kalangan pendidik dan juga
pelajar. (Maria, 2004)
Teknologi
adalah alat yang dapat digunakan oleh pendidik untuk membantu pelajar dalam
pengajaran matematik. Pelajar pada masa kini lebih tertarik dengan adanya
penggunaan teknologi kerana mereka adalah generasi yang membesar di dalam
persekitaran yang menggunakan teknologi. Dengan adanya teknologi, pendidik akan
mencapai objektif pengajaran dengan lebih mudah.
Penggunaan teknologi dalam matematik juga dapat menarik minat pelajar untuk
menyukai subjek ini dan seterusnya memotivasikan
mereka supaya untuk terus belajar.
Walaupun
terdapat banyak manfaat dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan Matematik, terdapat juga halangan dan kekangan yang perlu ditangani bagi
menggunakan teknologi dalam pendidikan Matematik. Halangan terbesar di dalam
menjayakan teknologi dalam pendidikan Matematik adalah pembiayaan
dan pengaksesan. Pendidik dan pelajar memerlukan alat bantuan mengajar
untuk menggunakan teknologi seperti komputer riba, internet, perisian, dan
lain-lain. Alat-alat elektronik memerlukan modal yang besar bagi memastikan
setiap pelajar dapat menggunakannya. Para pendidik juga perlu menguasai
kemahiran terlebih dahulu sebelum meggunakan teknologi di dalam bilik darjah.
Ini juga memerlukan peruntukan daripada sekolah untuk menghantar para pendidik
ke kelas-kelas khas. Masa dan tenaga pendidik perlu dikorbankan bagi
melaksanakan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah dengan berkesan.
Mengintergrasikan
teknologi di dalam Matematik menjadi suatu isu di dalam pendidikan. Ini kerana,
ramai pendidik bimbang akan kemahiran pelajar dalam asas
pengiraan akan semakin merosot. Sebagai contoh penggunaan kakulator
sepatutnya hanya dijadikan alat bantuan untuk pelajar menyelesaikan
permasalahan Matematik. Tetapi kini pelajar menggunakan kalkulator sebagai alat
kebergantungan dan ini akan melemahkan pelajar untuk menguasai asas Matematik.
Tidak
dapat disangkal terdapat banyak cabaran untuk melaksanakan teknologi di dalam
pendidikan, malah sistem pembelajaran yang sedia ada sekalipun terdapat banyak
halangannya. Namun, menjadi lumrah sesuatu yang baru dipelajari terdapat
liku-liku yang terpaksa dihadapi. Bagi menghadapi rintangan ini kita haruslah
mengorbankan sedikit masa untuk mempelajarinya. Dengan ini, kita dapat
menghadapinya dengan tenang dan merealisaikan apa yang dikehendaki. (Eric,
2009)
No comments:
Post a Comment