Jurnal ini membincangkan mengenai sejauh mana
kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) membantu merapat jurang digital di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.
Pelbagai inisiatif diambil bagi merapat jurang digital di Malaysia, tetapi
usaha perlu dipertingkatkan lagi terutamanya bagi meningkatkan status ekonomi
dan pendidikan di kawasan luar bandar. Jurang digital merujuk kepada
ketaksamaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara
kawasan bandar dan luar bandar (Mohamed, H., et al).
PENDAPAT:
Pada
pendapat saya, jurang digital dari segi matapelajaran matematik amatlah besar
antara sekolah bandar dan luar bandar. Ianya berkait rapat dengan peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan pihak
sekolah, seharusnya sesebuah sekolah perlu lebih peka dalam penyaluran peruntukan yang telah disediakan supaya peruntukan dapat
disalurkan ke saluran yang betul.
Terdapat banyak perisian yang dapat diaplikasikan di sekolah contohnya Geogebra, Geometer Sketch Pad dan Matlab. Dengan adanya
perisian-perisian ini di sekolah dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan
permasalahan matematik tidak kira sekolah bandar ataupun sekolah luar bandar.
LINK: Jurang Digital
No comments:
Post a Comment