Thursday, 2 March 2017

ISU 10: KESELAMATAN PELAJAR



Isu keselamatan pelajar ini disentuh berikutan petikan artikel Utusan Online yang dikeluarkan pada 17 Januari 2017, bertajuk Aspek keselamatan : 120 sekolah berisiko tinggi. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri Terengganu, Ir. Dasuki Mohd Hek, mengeluarkan kenyataan Sebanyak 194 daripada 495 buah sekolah  di negeri  ini mempunyai tahap keselamatan yang lemah dan boleh mengundang kemalangan dan masalah kesihatan kepada warganya” .

Pelbagai isu membabitkan keselamatan pelajar dan juga institusi sekolah terus menarik perhatian ramai. Tahap ke­selamatan anak-anak di sekolah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat ter­utamanya ibu bapa. Malah beberapa insiden yang berlaku sama ada dalam kawasan sekolah mahupun di luar pagar sekolah sehingga membabitkan kemalangan jiwa. Berikut adalah beberapa kejadian yang tidak diduga telah berlaku di ambil dari sumber akhbar:

Kes 1: Dua maut, lori hantu terbabas depan sekolah (sumber : Sinar Harian)

CHERAS - Dua pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori hantu terbabas melanggar 18 buah kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras, hari ini. Difahamkan kedua-dua mangsa yang maut itu adalah pelajar perempuan sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.11 petang itu, lori tersebut dipercayai hilang kawalan kerana masalah brek dan melanggar motosikal yang diparkir di hadapan sekolah serta dua kenderaan jenis Toyota Avanza dan Proton Wira sebelum merempuh sebuah van Nissan Vannet.
Difahamkan, kejadian itu berlaku akibat brek yang tidak berfungsi ketika menuruni kawasan berbukit di hadapan sekolah sebelum merempuh semua kenderaan. Kenderaan berkenaan kemudiannya tersangkut pada sebatang pokok di kaki lima sekolah.

Kes 2: Pelajar maut dihempap tiang gol (sumber : Harian Metro)

Gua Musang: Pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2), di sini maut ditimpa tiang gol bola baling tumbang, kira-kira 9 pagi tadi. Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin, 14, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang bermain bola bersama 11 rakannya bagi subjek Pendidikan Jasmani di padang sekolah itu. Rakannya, Wan Mustakim Wan Musa, 14, berkata, sempat melihat arwah cuba menjaringkan gol, namun terjatuh di depan pintu gol kerana padang yang licin.

Kes 3: Murid Tahun 1 maut dipatuk ular di sekolah (sumber : Utusan Online)

KOTA BHARU 19 April - Seorang murid perempuan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Datu Hashim di sini maut dipercayai dipatuk ular di sekolah tersebut hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Nuri, 7, dikatakan dipatuk ular ketika sedang bermain bersama rakannya semasa waktu rehat di kawasan taman mini berhampiran kelasnya.

Sebaik sahaja dipatuk, kanak-kanak itu dipercayai terus rebah dan tidak sedarkan diri. Dia kemudiannya di bawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

Rentetan kejadian ini semua pihak harus bekerjasama dalam menangani kejadian yang meragut nyawa pelajar samada kejadian didalam mahupun luar sekolah. Misalnya menetapkan peraturan melarang kenderaan berat melalui kawasan sekolah pada waktu puncak sekolah. Sebagai pegguna jalan raya, kita seharusnya berhati-hati jika memandu di hadapan kawasan sekolah.  Justeru itu dapat mengurangkan risiko kemalangan maut membabitkan pelajar di hadapan sekolah.

Dalam pada itu beberapa insiden yang berlaku dalam kawasan sekolah juga perlu diberi perhatian serius agar tidak terus menimbulkan kerisauan. Pihak sekolah harus menjaga persekitaran dan memastikan kawasan sekolah selamat untuk  pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Kawasan semak samun yang terdapat didalam sekolah haruslah dihapuskan bagi mengelak dari ancaman haiwan berbisa dan merbahaya.

Di samping itu insiden kemalangan di sekolah turut merisaukan misalnya kejadian tiang gol jatuh menimpa pelajar akibat kegagalan melaksanakan penyelenggaraan dengan baik juga wajar diberi perhatian serius. Pihak seharusnya memeriksa setiap alatan sukan dan jika terdapat alatan yang rosak, seharusnya di lupuskan mengikut prosedur.


Sepatutnya kawasan dalam dan luar sekolah menjadi antara lokasi yang pa­ling selamat kepada anak-anak kita. Untuk itu semua pihak yang ter­babit perlu menilai semula peranan dan tanggungjawab ma­sing-masing supaya isu keselamatan di sekolah ini dapat ditangani secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment