Pengerusi Majlis Profesor Negara Chapter Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar menyatakan bahawa untuk merapatkan jurang pendidikan, tumpuan perlu diberikan dalam menangani ketidaksamarataan prasarana di antara bandar dengan luar bandar, misalnya dalam penyediaan teknologi digital. Dalam masa yang sama juga, mereka yang berkeperluan khas juga tidak harus diabaikan agar mereka tidak tercicir daripada arus perdana pembangunan negara. Beliau juga menegaskan bahawa pembentukan sekolah satu aliran dalam sistem pendidikan negara amat penting bagi menghapuskan semua jurang yang ada pada masa ini sebagai jawapan ke arah mewujudkan asimilasi kaum.
PENDAPAT:
Saya sangat bersetuju dengan
pendapat beliau bahawa mereka yang berkeperluan khas juga tidak harus diabaikan
khususnya dalam subjek Matematik seperti kajian yang dijalankan oleh Khairul
Anuar & Norazrena tentang penggunaan perisian Matematik bagi tajuk pecahan
untuk pelajar berkeperluan khas. Penggunaan teknologi dalam pendidikan
dipercayai mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan Matematik serta
mampu mengubah persepsi pelajar terhadap Matematik yang dianggap sukar dan
membosankan. Kesukaran ini lebih dirasai oleh pelajar berkeperluan khas yang
mempunyai kekurangan dengan pelajar normal. Justeru, kajian ini merupakan salah
satu alternatif dalam usaha untuk mengecilkan jurang perbezaan pencapaian antara pelajar
normal dan pelajar berkeperluan khas.
No comments:
Post a Comment