Menurut Datuk Dr. Zalizan iaitu
Profesor Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), perbezaan
pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian rendah pelajar perempuan
diketengahkan manakala sejak pertengahan 1900-an pencapaian
rendah pelajar lelaki mula diperkatakan. Trend ini berterusan hingga
kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevan untuk dikaji.
Tambahnya lagi, bagi Sijil Pelajaran
Malaysia,
pelajar perempuan mengatasi
lelaki dalam kebanyakan mata
pelajaran misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Prestasi akademik yang kurang memberangsangkan di peringkat persekolahan menutup peluang pelajar lelaki melanjutkan
pengajian ke IPTA, dan fenomena ini bakal memberi kesan negatif terhadap
perkembangan sosioekonomi negara.
PENDAPAT:
Pencapaian pelajar perempuan lebih baik
berbanding pelajar lelaki adalah satu fenomena yang berlaku di seluruh dunia.
Terdapat beberapa perkara yang saya ingin bincangkan dalam isu ini dari segi pencapaian matematik pelajar. Setiap individu mempunyai gaya belajar yang berbeza, oleh
itu guru perlulah mempertingkatkan
kemahiran mereka dalam menguatkan lagi asas matematik setiap
pelajar. Selain itu, pengaruh
rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor
terjadinya jurang antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan
biasanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang berada di sekeliling mereka
seperti rakan sekelas. Sikap pelajar
perempuan yang mementingkan pelajaran, akan
mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama mementingkan
pelajaran. Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan
yang lebih tua.
LINK: Jurang Akademik(Jantina)
No comments:
Post a Comment