Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan
transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). PBS bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani),
psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI).
Tumpuan utama proses
transformasi pendidikan di Malaysia adalah bagi membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan juga berupaya untuk
berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan
mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia
global.
Kelebihan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)
dari perspektif guru
- Kesan daripada perlaksanaan PBS ini, guru diberi kuasa autoriti dalam memperkembangkan kreativiti pengajaran mereka (Maxwell, 2006) . Guru menyampaikan pengajaran yang pelbagai dan melaksanakan pentaksiran bergantung kepada keupayaan klien iaitu murid-murid di dalam kelas masing-masing.
- Hubungan antara murid dengan guru juga akan semakin rapat kerana mereka akan ada sifat ingin tahu dan berani memberi pendapat dalam menyelesaikan permasalahan bukan rutin yang diajukan oleh guru ataupun rakan sebaya mereka.
- Secara tidak langsung guru dapat menyampaikan kurikulum tersembunyi iaitu membina nilai-nilai ke arah pembentukan insan yang seimbang. Pengaplikasian pengajaran seperti ini penting bagi membantu murid-murid selesa dalam menerima perubahan bentuk pembelajaran alaf baru. Sekaligus membantu mereka untuk menghadapi peperiksaan umum yang lebih berbentuk soalan KBAT.
- Perlaksanaan PBS ini juga memberi suasana cara kerja yang baru kepada pelaksana di sekolah. Lebih banyak kerja bersepadu iaitu budaya kerja berpasukan yang diterapkan di sekolah.
Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dari
perspektif guru
- Guru-guru PBS terpaksa menggunakan masa yang banyak untuk merangka penilaian (penyediaan instrumen), ulang mengajar, pengisian data dan penyimpanan eviden yang banyak. Dalam menyediakan instrumen guru perlu merangka penilaian agar setiap band, evidens dan keupayaaan murid mempunyai kesejajaran, jadi guru-guru perlu memperuntukkan masa yang mencukupi.
- Guru juga terpaksa mengulang pengajaran sekiranya murid itu tidak mencapai Band yang ditetapkan, guru juga perlu merangka dan membina instrumen baru sehingga murid itu mencapai
- Guru-guru juga bertanggungjawab memasukkan data ke dalam sistem, tetapi mereka menghadapi cabaran dengan server yang perlahan dan terpaksa menunggu masa yang sesuai.
No comments:
Post a Comment