Jurnal ini secara keseluruhannya
kajian tentang budaya sekolah dan kekepemimpinan sekolah mampu menyumbang
kepada pencapaian dan motivasi murid, kepuasan dan produktiviti guru. Kajian
ini juga meneliti hubungan budaya sekolah dengan kepemimpinan transformasional
dan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah. Ulasan ini hanya menfokuskan
tentang jurang pencapaian pelajar sekolah berprestasi tinggi dan sekolah
berprestasi rendah dipengaruhi oleh budaya sekolah dan kekepemimpinan sekolah.
Dapatan kajian mendapati budaya sekolah positif lebih tinggi dipraktikkan di
sekolah berpencapaian tinggi berbanding di sekolah berpencapaian
rendah. Situasi yang berbeza ini mungkin sekali disebabkan oleh ciri
budaya positif yang menjadi amalan di sekolah.
Di sekolah berprestasi tinggi, guru
seronok dan selesa dengan budaya sekolah kerana wujudnya suasana saling percaya
mempercayai dan keseronokan dalam bekerja. Jadi, guru-guru akan sentiasa
bersemangat dan memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar-pelajar. Tambahan
pula, dapatan kajian mendapati sekolah yang berpencapaian tinggi memang
menunjukkan pengurusan sekolah yang prihatin dengan kehendak dan keperluan
pelajar. Bangunan sekolah dihiasi dengan warna-warna menarik, pelbagai mural
dilukis di dinding sekolah, pelbagai maklumat disediakan di papan-papan
kenyataan. Tambahan pula, tandas yang bersih, bangku-bangku disediakan untuk
keperluan pelajar di kawasan sekolah. Ada bilik-bilik khas untuk pembacaan,
pengukuhan serta pengayaan. Justeru itu, pelajar akan berasa selesa dengan
kemudahan-kemudahan yang disediakan serta pelajar dapat menjalani proses
pembelajaran dan pengajran dengan baik.
Sementara di sekolah yang
berpencapaian rendah, masih banyak papan-papan kenyataan yang tidak
dikemaskini. Banyak ruang-ruang kosong yang tidak dimanfaatkan. Mural dan
tulisan-tulisan berbentuk motivasi hampir padam dan tidak jelas. Tiada bangku
atau tempat rehat yang mencukupi untuk pelajar, pusat sumber yang tidak teratur
dan kondusif serta bilik kaunseling yang hampir tidak berfungsi. Bagi pendapat
saya, sekolah boleh mendapatkan sokongan dari pelbagai pihak untuk membangunkan
kemudahan di sekolah. Pihak persatuan ibu bapa dan guru boleh cuba mendapatkan
sokongan daripada jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah. Seperti
mana yang kita tahu, sekolah yang tidak berbudaya positif atau berbudaya toksik
sebaliknya menghalang kejayaan dan kecemerlangan sekolah.
Selain itu, kepemimpinan sekolah
pencapaian tinggi pandai menjaga kebajikan dan memberi pengiktirafan sewajarnya
kepada guru atau dalam perkataan lain tidak meminggirkan hubungan kemanusiaan.
Walaupun di sekolah berpencapaian rendah, guru besar memberi ruang untuk
mengemukakan idea, namun guru jarang bersuara. berikutan masalah komunikasi
dengan guru besar. Bagi pendapat saya, guru-guru yang mempunyai masalah jangan
berasa takut untuk berkongsi dengan guru besar. Cuba untuk berkomunikasi dan
berkongsi pendapat dengan berbincang terlebih dahulu tanpa bersangka buruk
terhadap majikan. Di samping itu, kepemimpinan sekolah seharusnya terbuka dan
memberi ruang kepada guru untuk melibatkan diri membuat keputusan bersama. Jika
tidak, mereka akan berasa tertekan dan tidak berasa seronok untuk bekerja.
Jadi, ada guru yang mengabaikan pelajar mereka dan mengakibatkan pelajar tidak
dapat menjalani proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik.