Kebiasaannya isu yang sering didengar adalah
isu disiplin pelajar, tetapi terdapat juga isu mengenai disiplin guru itu sendiri. Apabila dibangkitkan tentang isu disiplin guru,
mungkin ada yang merasakan bahawa ini bukanlah suatu isu yang besar kerana
ianya sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah guru yang merasakan disiplin
bukan penghalang mereka mencapai tahap profesional. Antara masalah
disiplin dalam kalangan guru di sekolah
adalah:
·
Guru lewat masuk ke kelas
·
Guru tidak menghadiri
mesyuarat
·
Guru sering membatalkan kelas
·
Guru tidak menjaga etika
·
Guru tidak mampu mengawal
emosi
Masalah disiplin guru ini dapat dilihat kesannya terhadap pelajar. Seperti mana ibu bapa, guru merupakan role model kepada pelajar kerana guru
ialah individu yang dekat dengan mereka selepas ibu bapa. Sekiranya guru mempunyai
masalah disiplin, pelajar sudah semestinya akan mempunyai masalah yang sama. Ini kerana pelajar akan terikut-terikut dengan guru mereka. Ini akan membawa kepada hilangnya rasa hormat
pelajar kepada guru. Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang
menyebabkan berlakunya masalah disiplin guru iaitu salah laku pelajar, beban
tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan tekanan kerja di kalangan guru
sekolah.
Antara langkah mengatasi isu disiplin guru
ini ialah pengambilan guru perlu kaedah tapisan lebih baik, guru
sendiri perlu ada inisiatif untuk memperbaiki diri dan guru perlu jadi contoh
yang baik kepada pelajar. Di samping itu, guru yang sememangnya mempunyai
masalah disiplin diri pula perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Oleh
itu, guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri dan melaksanakan
tanggungjawab mendidik generasi agar golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam
pelajaran bahkan dari segi akhlak dan tingkahlaku. Kita seharusnya sanggup untuk
menggalas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia untuk mengorbankan masa dan
tenaga demi kemajuan anak muda bangsa seterusnya negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment