Isu mengenai
PBS ini akan dikupas kepada empat bahagian, iaitu kepimpinan guru besar,
peranan guru, kebolehpercayaan dan bias dalam penilaian. Guru besar atau pengetua merupakan ketua dalam
pelaksanaan PBS di sekolah yang bertanggungawab untuk memastikan PBS
dilaksanakan mengikut prosedur pelaksanaan PBS serta mempunyai pengetahuan yang
luas dalam bidang pentaksiran. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir guru
besar atau pengetua yang kurang faham mengenai prosedur pelaksanaan. Selain
itu, ada juga segelintir guru besar yang kurang mengetahui ilmu dalam bidang
pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiran pendidikan,
pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran.
Isu
mengenai PBS juga turut berkaitan dengan guru-guru akademik. Ini kerana
kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan dalam pelaksanaan PBS telah
meningkatkan beban kerja mereka. Para guru turut menyatakan bahawa mereka bukan
sahaja perlu mengajar dan malah mereka juga perlu melakukan kerja-kerja
pentadbiran dan kokurikulum.
Selain
itu, pelaksanaan PBS juga dilihat seperti mempunyai tahap kebolehpercayaan yang
rendah. Kebolehpercayaan yang rendah adalah kerana guru kepada murid-murid itu
sendiri yang akan melakukan pentaksiran ke atas mereka. Teknik, kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi mengenai pentaksiran juga amat diperlukan dalam
melaksanakan PBS. Oleh yang demikian, guru-guru memerlukan pendedahan dan
latihan yang banyak sebelum melaksanakan PBS.
Seperti
yang dibincangkan tadi, tahap kebolehpercayaan dalam pelaksanaan PBS adalah
rendah. Ini kerana, terdapat bias dalam penilaian yang dapat diperhatikan dari
pebagai sudut. Dari segi pemerhatian, setiap guru mempunyai pemerhatian dan
pandangan yang berbeza mengenai pelajar yang sama. Guru-guru hanya menilai apa
yang mereka lihat pada mata kasar mereka sahaja. Bias dari segi lisan pula
adalah berkaitan dengan soalan yang dijawab beramai-ramai akan menyebabkan guru
sukar menentukan tahap kefahaman individu bagi para pelajar. Skema jawapan yang
tidak setara antara guru-guru juga dilihat sebagai bias dalam pentaksiran dari
segi penulisan.
No comments:
Post a Comment