Bidang perguruan sering
dianggap sebagai profesion kelas pertengahan jauh ditinggalkan oleh
bidang-bidang professional yang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan mahupun
bidang perakuanan. Masyarakat menganggap bidang ini adalah pilihan terakhir
sekiranya tiada kerjaya profesional lain yang sesuai atau tidak mendapat kerja. Masyarakat juga menganggap individu itu boleh
menjadi guru sandaran atau guru sementara tanpa ada latihan asas. Kekosongan
jawatan guru sama ada di sekolah rendah mahupun menengah biasanya diisi oleh
guru sandaran yang tidak mendapat latihan formal sama ada di maktab perguruan
ataupun universiti. Situasi ini akan membuatkan pandangan masyarakat terhadap
profession ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila sesetengah pihak yang
menganggap individu masih boleh menjadi guru tanpa mengikuti latihan perguruan
di tempat-tempat yang sepatutnya. Selain itu, masyarakat melihat kerjaya
sebagai guru adalah satu kerjaya yang mudah. Bagi mereka, seorang guru
mempunyai cuti yang banyak sebagaimana pelajar sekolah dan masa kerja yang
pendek. Walhal, beban kerja guru terlalu banyak sehingga membawa ke rumah.
Antara kesan yang
dapat dilihat dalam isu ini adalah:
• guru mengalami situasi ‘burnt-out’
• pelajar kurang motivasi
• prestasi akademik merosot
• ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat
tuisyen
Bagi mengelakkan
isu kerjaya guru sebagai pilihan terakhir, setiap individu sepatutnya tahu arah
tuju kerjaya mereka. Selain itu, mereka juga harus tahu spesifikasi dan bidang
tugas yang mereka minati supaya tidak menyesal di kemudian hari. Sebagai
individu yang terpelajar, guru yang memilih kerjaya ini sebagai pilihan
terakhir ini juga mereka perlu mempunyai rasa tanggungjawab. Mereka perlu menyedari
bahawa guru insan yang bertanggungjawab mencorakkan masa depan pelajar.
Persepsi masyarakat juga perlu diubah. Mereka membayangkan guru hanya perlu
duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Realitinya, beban
kerja guru-guru sangat banyak hingga di bawa ke rumah.
No comments:
Post a Comment